Monday, July 25, 2016

5 Rutin Penjagaan Wajah Sebelum Ber"make-up"



Rutin Penjagaan Wajah


Bersolek atau ber"make-up" adalah merupakan salah satu kaedah untuk menutup cela wajah. Sesetengah individu memerlukan make-up disebabkan tuntutan kerjaya. Samada kerjayanya adalah pramugari atau peragawati, sesetengah individu yakin ianya mendorong untuk tampil berkeyakinan dan elegan. 

Meskipun begitu, perlu diingatkan bahawa, wajah yang cantik bermula daripada kulit yang sihat. Kulit yang sihat bergantung kepada rutin penjagaan wajah anda selain daripada penjagaan makanan yang bersih dan diet seimbang. 

Jika anda adalah individu yang selalu mengenakan make-up, ketahui 5 rutin penjagaan wajah yang wajib anda ambil tahu sebelum mengenakan make-up.

1. Make-Up Remover
Mulakan rutin penjagaan wajah anda dengan make-up remover. Ianya berfungsi untuk menghilangkan kotoran atau radikal bebas yang melekat pada kulit wajah akibat terdedah kepada habuk, sinaran uv dan apa jua pencemaran. Waktu paling efektif untuk menggunakan make-up remover adalah sebelum menggunakan pencuci muka.  

2. Pencuci Muka
Cuci wajah anda selepas menanggalkan make-up atau selepas menanggalkan kotoran menggunakan make-up remover. Cuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam. Elakkan mencuci secara berlebihan kerana jika kulit anda sensitif, ianya mungkin mengundang kerosakan pada kulit seperti kulit kering atau kulit berminyak.

3. Softener/ Toner
Selepas mencuci muka, tuangkan sedikit toner pada kapas muka, dan urut/sapukan pada keseluruhan wajah dan leher. Kebaikan toner ini adalah untuk melembap serta menyeimbangkan pH kulit agar kulit wajah tidak terlalu kering ataupun berminyak. Penggunaan toner juga mampu memberikan impak kesegaran pada wajah sepanjang hari. 

4. Essence/ Serum
Wajah anda memerlukan nutrien yang baik bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan segar. Sapukan Serum/ Essence yang mengandungi antioksida yang bertindak untuk menegangkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Pastikan serum/ essence yang digunakan adalah yang mudah menyerap kedalam kulit dan bebas bahan kimia untuk kesihatan kulit anda. Sapukan serum/ essence selepas penggunaan toner wajah.

5. UV Protection
Lindungi kulit anda dari sinaran matahari. Tahukah anda, kebanyakan masalah kulit wajah adalah berpunca daripada radikal bebas seperti sinaran matahari. Jika kulit anda tidak dilindungi, kesan paling ketara adalah kulit wajah menjadi terbakar, gelap dan kusam. Ini mendorong kepada masalah-masalah lain seperti jerawat dan jeragat.

Jika anda mengalami masalah seperti jerawat, jeragat, sembab ataupun eyebag, anda boleh sapukan skincare khas seperti eye treatment, acne treatment sebelum mengenakan UV Protection.

*Tambahan*
Sapukan krim malam pada kulit bagi memberi ruang untuk sel kulit diperbaharui sewaktu tidur.

Anda juga disarankan melakukan scrub sekurang-kurangnya seminggu sekali sebagai salah satu treatment untuk menanggalkan daki dan sel kulit mati.

Adakah anda mengalami masalah kulit wajah? Hubungi saya untuk lebih tips dan panduan kecantikan, ok! :)



Sekian,
Kakak Cantik








Friday, July 1, 2016

5 Rahsia "Stay Gorgeous" di Hari Raya

5-tips-kecantikan


Hai ;)

Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi. Kata orang, masa hari raya ni lah nak melaram, bagi nampak gorgeous dan cantik meletop,kan?

Tapi, waktu ni jugalah waktu yang paling sibuk. Nak kemas rumah, pasang langsir, memasak, masukkan kuih raya dalam balang, dan macam-macam lagilah.

Itu belum lagi nak berjalan beraya dengan cuaca yang panas terik. Tak sampai tengahari, muka da comot, kepala nak pitam. Huhu...

Hari ini saya nak kongsikan 5 rahsia untuk anda "stay gorgeous" walaupun anda masih sibuk didapur ataupun penat beraya sakan.

Ini rahsianya :)

1. Perkara asas yang anda perlu lakukan adalah, sebelum bermake-up, pastikan muka anda dibersihkan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan segala kotoran wajah tidak hinggap dan masuk ke liang roma sebelum mengenakan make-up. Tidaklah nampak kulit muka berbelak atau kusam. 

2. Sapukan toner dan pelembap pada muka. Bagi memastikan pH level kulit seimbang dan kulit sentiasa lembap dan lembut. Jangan lupa untuk apply losyen UV bagi menghalang sinaran matahari menembusi kulit muka yang akan menyebabkan jangkitan, kulit berminyak atau mengeluarkan bintik hitam. 

3. Banyakkan minum air, sebaiknya air masak dan bukan minuman yang bergula. Ini bagi memastikan badan anda kekal hydrated dan kekal bertenaga. Eh, kalau nak tahu air masak zero kalori tau. So, banyakkan minum air masak untuk kawal berat badan juga, ok? :)

4. Pakai pelembap bibir untuk mengelakkan bibir merekah yang boleh mengakibatkan luka. Bibir yang bersih tanpa rekahan akan memberikan imej "kesegaran" pada pandangan mata audiens.

5. Dapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti menjamin produktiviti harian berjalan lancar.

"Tapi, bagaimana nak dapatkan tidur berkualiti sedangkan seharian beraya sakan? Mustahil". 

Saya cadangkan anda amalkan vitamins dan supplement yang boleh memberikan tenaga dan meredakan keletihan. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya suka amalkan kalsium dan magnesium sebelum tidur untuk melegakan sengal-sengal badan dan dapatkan tidur yang lena. Walaupun sekejap, saya kekal segar bila bangun pagi.

Nak "stay gorgeous" semasa hari raya? Hubungi saya okay! :)



Sekian,
Kakak Cantik.

Wednesday, June 29, 2016

Kenapa jerawat masih tak hilang?


punca-jerawat


Mungkin anda rasa anda dah guna produk kecantikan yang terbaik sekali.

Tapi, jerawat anda masih muncul, tidak hilang, malah meninggalkan parut yang kekal.

Mengapa ya?

Mungkin, ada perkara penting yang anda pandang remeh. Contohnya, perkara-perkara ini dan anda perlu bertindak segera.


1. Penggunaan telefon bimbit - Handphone anda adalah tempat paling mudah untuk bakteria merebak. Bermula dari tangan anda sendiri seterusnya ia mula merebak apabila telefon ditekapkan ke bahagian antara telinga dan pipi. Anda perlu sentiasa membersihkan tangan sekurang-kurangnya menggunakan hand sanitizer dan mengelap telefon dahulu sebelum menggunakannya.

2. Mandi atau membasuh muka dengan air berkarat. Air berkarat mengundang kegatalan pada kulit seterusnya merosakkan kulit. Ia menjadi salah satu sebab bakteria mudah kekal diatas dan dibawah perukaan kulit. Sebaiknya, jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, pasanglah penapis air di paip utama atau setiap kali basuh muka pastikan air yang digunakan adalah bertapis.

3. Minum terlalu banyak kopi. Kopi adalah kegemaran anda. Tidak salah untuk minum kopi. Tetapi, meminumnya secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan. Ini kerana kopi mempunyai acidity level yang tinggi. Ia mengakibatkan keradangan dan membantu pengumpulan toksin yang lebih mudah. Anda dinasihatkan untuk bertukar kepada teh sepeti green tea yang tinggi antioksida yang membantu menyahtoksin badan dan memberikan tenaga extra.

4. Tidak menjaga kebersihan tudung dan pakaian. Bagi wanita bertudung, jerawat anda mesti kekal di bahagian pipi. Betul,kan? Ini perkara yang penting sekali. Basuh pakaian anda especially tudung. Bakteria mudah merebak ketika berpeluh dan ditempat-tempat kotor.

5. Menggunakan makeup yang tebal. Pekerjaan anda atau rutin anda menyebabkan anda perlu bermakeup. Ianya tidak salah. Tetapi, makeup yang tebal menutup liang pori, memerangkap peluh dan minyak yang menyebabkan pembentukan jerawat, Makeup tebal juga memerangkap kotoran yang kekal. Gunakan makeup remover setiap kali sebelum mencuci wajah. Makesure makeup betul-betul tertanggal dan bersihkan muka dengan sebersih-bersihnya. Sebelum memakai makeup, sapukan sapuan asas seperti toner, pelembap dan uv lotion tanpa bahan kimia untuk penyerapan nutrien dari luaran.

Oh, ya! Saya ada Make-Up Remover yang sangat BEST untuk anda. Ianya sangat soft dan tidak berminyak. Bila pakai, rasa segarrr saja. Anda boleh email saya snursumiyah@gmail.com

6. Tidak mengambil kira tentang pemakaian Toner. Seringkali toner diabaikan dalam menjaga kecantikan muka. Sebenarnya toner berfungsi untuk membaikpulih kulit ke pH yang seimbang , melicinkan dan melembutkan kulit. Kulit anda akan menjadi lebih segar dan tegang disamping membantu mencerahkan kulit.

7. Suka makan benda manis. Tahukah anda, kerap makan makanan manis meningkatkan tahap glisemik(gula) dalam badan? Seterusnya membantu penghasilan minyak berlebihan dibawah kulit. Gula akan memecah-belahkan sel kulit, menyebabkan colagen berkurangan dan seterusnya  menampakkan garis-garis halus diwajah. Oleh itu, lebih baik makan makanan yang seimbang penuh dengan protein, sayur-sayuran dan minum banyak air untuk kekal hydrated dan melembapkan kulit.

8. Terlalu kerap menukar produk kecantikan. Bersabarlah...Terlalu kerap menukar product menyebabkan pH level kulit anda akan menjadi tidak seimbang, kulit menjadi lebih kering dan lebih berminyak. Lebih elok anda berikan masa untuk sesuatu product itu menjalankan tugasnya dalam tempoh tertentu seperti sebulan dua untuk melihat kesannya.

9. Tidak membersihkan barangan makeup. Bakteria memang suka pada tempat yang kotor. Disitulah "rumah" mereka untuk menjalankan kerja-kerja pertumbuhan jerawat dikulit anda. Jadi, jaga baangan makeup anda dan bersihkannya selalu ya.

Sekarang, anda dah tahu mengapa jerawat anda masih kekal? Jangan lupa amalkan solusinya ya! :)


Sekian,
Kakak Cantik.



 

Monday, June 20, 2016

5 Masalah Kulit Wajah Yang Popular

Hai!

5 Masalah Kulit Wajah yang sangat POPULAR dikalangan kaum perempuan, adik-adik, gegurl sekelian.

Pssstt...actually, bukan perempuan je. Lelaki pun sama kan...

Jom tengok apa masalahnya dan apa solusinya. Mungkin boleh membantu anda. Semoga bermanfaat!

1. Jerawat

Jerawat merupakan sejenis keradangan kulit di mana kelenjar minyak dijangkiti dengan bakteria, membengkak, dan isi dengan nanah. Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini. Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang dan bahu atau dimana-mana bahagian kulit yang berminyak.

Antara punca jerawat terhasil disebabkan oleh jangkitan bakteria, pemakanan, toksin berlebihan dalam badan dan gaya hidup individu tersebut. Justeru itu, anda disarankan untuk sentiasa mencuci wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengelakkan jangkitan. Amalkan pemakanan yang sihat dan cuba elakkan makan makanan yang bergoreng. Sentiasa menjalankan detosifikasi untuk membuang toksin berlebihan dalam badan.


2. Blackhead & Whitehead

Blackhead & Whitehead pada dasarnya terjadi disebabkan liang roma tersumbat oleh sel minyak dan sel kulit mati.

Blackheads terbentuk apabila liang tersumbat dengan sel-sel minyak dan kulit mati, tetapi tetap terdedah dengan udara dipermukaan kulit. Pendedahan terhadap udara menyebabkan kulit teroksida dan menjadi gelap, memberi cela pada kulit dengan kemunculan bintik hitam.

Seperti Blackhead, Whiteheads juga disebabkan oleh liang yang tersumbat. Tetapi liang disekat sepenuhnya dan tiada udara boleh masuk kedalam folikel kulit. Serpihan yang terperangkap dalam liang kekal putih, atau dalam beberapa kes kekuningan. Ianya cenderung untuk menjadi lebih besar, lebih bengkak dan sedikit lebih sensitif daripada Blackheads.

Blachkead & Whitehead boleh dirawat dengan mengenakan masker dimuka sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Selain itu, penggunaan make-up remover sebelum mencuci wajah juga turut membantu masalah ini. Gunakan krim atau pelembab bebas minyak untuk mengelakkan produksi minyak berlebihan dimuka. Jika muka sangat teruk dan sensitif, boleh juga rujuk ke pakar kulit untuk rawatan lanjut.


3. Pigmentasi

Pigmentasi adalah ketidaseimbangan warna kulit seperti bintik hitam, warna gelap disesetengah kulit, terjadi disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan oleh sel kulit. Pigmentasi biasanya disebabkan oleh pancaran matahari, kekurangan nutrisi untuk kulit dan kadangkala terjadi kepada ibu hamil.

Sapukan krim UV apabila keluar rumah sebagai perlindungan kulit dari terkena pancaran matahari.


4. Kedutan
 
Kedutan biasanya dikaitkan dengan penuaan. Semakin lanjut usia seseorang itu, semakin kurang penghasilan kolagen dalam badan. Kolagen bertindak sebagai elemen yang membantu menegangkan kulit. Kedutan juga boleh berlaku disebabkan oleh gaya hidup seperti terlalu banyak merokok, tidur yang tidak cukup, keturunan dan juga pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.

Kedutan boleh dikurangkan melalui pemakanan seperti pengambilan kolagen & antioksidan. Krim pelembab dan treatment anti-aging juga boleh membantu masalah ini.


5.  Kulit Kusam

Letih, kurang tidur dan stress mendorong kulit wajah anda menjadi kusam dan tak bermaya. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan tubuh cukup bendalir untuk meberi tenaga, dan menyerap nutrisi makanan. Amalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan multivitamin sebagai penggalak tenaga. Jadualkan waktu kerja harian supaya tidak mengalami tekanan dan mendapatkan tidur yang cukup.

Nak panduan kulit wajah cantik dan sihat?



Apa kata dapatkannya DISNI :)

Sekian,
Kakak Cantik