Monday, July 25, 2016

5 Rutin Penjagaan Wajah Sebelum Ber"make-up"



Rutin Penjagaan Wajah


Bersolek atau ber"make-up" adalah merupakan salah satu kaedah untuk menutup cela wajah. Sesetengah individu memerlukan make-up disebabkan tuntutan kerjaya. Samada kerjayanya adalah pramugari atau peragawati, sesetengah individu yakin ianya mendorong untuk tampil berkeyakinan dan elegan. 

Meskipun begitu, perlu diingatkan bahawa, wajah yang cantik bermula daripada kulit yang sihat. Kulit yang sihat bergantung kepada rutin penjagaan wajah anda selain daripada penjagaan makanan yang bersih dan diet seimbang. 

Jika anda adalah individu yang selalu mengenakan make-up, ketahui 5 rutin penjagaan wajah yang wajib anda ambil tahu sebelum mengenakan make-up.

1. Make-Up Remover
Mulakan rutin penjagaan wajah anda dengan make-up remover. Ianya berfungsi untuk menghilangkan kotoran atau radikal bebas yang melekat pada kulit wajah akibat terdedah kepada habuk, sinaran uv dan apa jua pencemaran. Waktu paling efektif untuk menggunakan make-up remover adalah sebelum menggunakan pencuci muka.  

2. Pencuci Muka
Cuci wajah anda selepas menanggalkan make-up atau selepas menanggalkan kotoran menggunakan make-up remover. Cuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam. Elakkan mencuci secara berlebihan kerana jika kulit anda sensitif, ianya mungkin mengundang kerosakan pada kulit seperti kulit kering atau kulit berminyak.

3. Softener/ Toner
Selepas mencuci muka, tuangkan sedikit toner pada kapas muka, dan urut/sapukan pada keseluruhan wajah dan leher. Kebaikan toner ini adalah untuk melembap serta menyeimbangkan pH kulit agar kulit wajah tidak terlalu kering ataupun berminyak. Penggunaan toner juga mampu memberikan impak kesegaran pada wajah sepanjang hari. 

4. Essence/ Serum
Wajah anda memerlukan nutrien yang baik bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan segar. Sapukan Serum/ Essence yang mengandungi antioksida yang bertindak untuk menegangkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Pastikan serum/ essence yang digunakan adalah yang mudah menyerap kedalam kulit dan bebas bahan kimia untuk kesihatan kulit anda. Sapukan serum/ essence selepas penggunaan toner wajah.

5. UV Protection
Lindungi kulit anda dari sinaran matahari. Tahukah anda, kebanyakan masalah kulit wajah adalah berpunca daripada radikal bebas seperti sinaran matahari. Jika kulit anda tidak dilindungi, kesan paling ketara adalah kulit wajah menjadi terbakar, gelap dan kusam. Ini mendorong kepada masalah-masalah lain seperti jerawat dan jeragat.

Jika anda mengalami masalah seperti jerawat, jeragat, sembab ataupun eyebag, anda boleh sapukan skincare khas seperti eye treatment, acne treatment sebelum mengenakan UV Protection.

*Tambahan*
Sapukan krim malam pada kulit bagi memberi ruang untuk sel kulit diperbaharui sewaktu tidur.

Anda juga disarankan melakukan scrub sekurang-kurangnya seminggu sekali sebagai salah satu treatment untuk menanggalkan daki dan sel kulit mati.

Adakah anda mengalami masalah kulit wajah? Hubungi saya untuk lebih tips dan panduan kecantikan, ok! :)



Sekian,
Kakak Cantik








No comments:

Post a Comment